Korang mungkin tahu bahawa No Straight Roads merupakan game buatan Malaysia yang paling hangat diperkatakan pada ketika ini. Namun, pasti ramai juga yang kurang jelas tentang apakah game ini sebenarnya.
Oleh itu, menjelang beberapa hari sebelum pelancarannya, Metronomik telah mengeluarkan sebuah trailer terbaharu yang memberikan overview, memberikan gambaran keseluruhan tentang apakah yang bakal disajikan dalam game ini. Jom layan:
No Straight Roads akan membawa pemain sebagai seorang ahli dalam kugiran rock, mempunyai misi untuk menentang empayar EDM. Genre yang akan diketengahkan ialah game aksi yang memfokuskan kepada muzik, namun ia bukanlah game bergenrekan rhythm.
Metronomik merupakan studio pembangun game yang berpangkalan di Malaysia, yang diketuai oleh Wan Hazmer, anak tempatan Malaysia, bekas pembangun di Square Enix yang menjadi lead game designer untuk Final Fantasy XV; serta orang kanannya untuk game ini ialah sepupunya, Daim Dziauddin, bekas concept artist untuk Street Fighter V.
No Straight Roads akan dilancarkan pada 25 Ogos 2020 untuk PC (Epic Games Store), PS4, Xbox One dan Switch. Ia akan dilancarkan ke Steam selepas 12 bulan ia menjadi eksklusif untuk Epic Games Store.
Comments
Loading…