Sejak pertama kali diumumkan, kita kurang disajikan dengan info dan gameplay yang cukup tentang No Straight Roads, game pertama daripada studio temparan Metronomik. 

Walau bagaimanapun, Metronomik telah mengeluarkan sebuah video terbaru, berkongsikan pelbagai info baru tentang game ini — genre game ini, inspirasi, latar belakang, jalan cerita, gameplay, platform yang akan dikeluarkan, waktu pelancaran dan banyak lagi.

Secara ringkasnya, No Straight Roads akan membawa pemain sebagai seorang ahli dalam kugiran rock, mempunyai misi untuk menentang empayar EDM. Genre yang akan diketengahkan ialah game aksi yang memfokuskan kepada muzik, namun ia bukanlah game bergenrekan rhythm.

Korang boleh tonton videonya di bawah:

No Straight Roads akan dilancarkan pada musim bunga 2019 (sekitar Mac hingga Jun) untuk PC (Steam) dan PS4.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.