in , , , ,

Apa Itu Mode myClub Dalam PES 2019? 6 Perkara Ini Akan Jelaskan Kepada Korang

1. Pengenalan myClub

myClub adalah salah satu game mode dalam PES 2019 di mana pemain boleh membuat pasukan sendiri dengan cara mendapatkan pemain dan pengurus pasukan yang kemudiannya boleh dinaik-taraf dengan menggunakan trainer atau bermain dengan lebih kerap untuk mengumpul experience.

2. Game Point (GP) dan Coins

Game Point (GP) atau Coins digunakan sebagai nilai transaksi dalam mode myClub. GP atau Coins ini akan digunakan untuk memperoleh pemain melalui Scouts atau Agents.

3. Agents dan Scouts

Setiap Agents bernilai 25,000 GP atau bersamaan 250 Coins dan sebanyak 3 orang pemain boleh diperolehi secara rawak untuk 1 Agents. Setiap minggu Konami akan memperkenalkan Featured Players di mana pemain ini mempunyai rating yang lebih tinggi dari pemain asal.

Sebagai contoh, Featured Players Neymar mempunyai 96 rating sementara yang bukan Featured Players Neymar mempunyai rating 93. Kedua-duanya adalah rating pada level 30. Agents untuk Featured Players hendaklah menggunakan Coins sebanyak 100 Coins untuk mendapatkan seorang pemain secara rawak.

4. myClub Members

Pemain myClub akan berada di menu myClub Members. Pemain dibahagikan kepada 5 kumpulan mengikut rating semasa pemain pada level 30. Pemain Black Balls mempunyai rating 85 ke atas, Gold Balls (80-84), Silver Balls (75-79), Bronze Balls (70-74) dan White Balls mempunyai rating 69 ke bawah. Tetapi jangan ingat bila korang lawan pasukan yang ramai pemain White Balls korang boleh menang mudah!

Pemain dalam kategori White Balls ini adalah kebanyakannya pemain muda dan mempunyai max level yang lebih tinggi. Adalah tidak mustahil untuk pemain White Balls ini mempunyai rating yang lebih tinggi dari pemain Black Balls setelah “disuap” experience yang diperoleh melalui Exp Trainer atau perlawanan myClub.

Perlu diambil kira juga pengurusan GP untuk satu pasukan kerana setiap pemain hanya boleh bermain 10 perlawanan untuk 1 kontrak dan nilai kontrak untuk pemain Black Balls adalah berbeza dengan pemain White Balls. Nilai kontrak juga berbeza bagi seseorang pemain pada level 1 berbanding level 30, jadi jika anda sudah ada pemain favourite untuk bermain secara regular, anda boleh mengikat kontrak sehingga maksimum 10 kontrak (99 perlawanan) semasa pemain itu masih level 1. Lebih jimat untuk jangka masa panjang!

5. myClub Managers

Sebagai permulaan, anda boleh memilih pengurus percuma mengikut formasi kegemaran anda. Tetapi pengurus ini tidak mempunyai Manager Skills yang tinggi (250). Bermaksud anda tidak boleh memasukkan ramai pemain yang mempunyai kos tinggi. Sebagai contoh kos pemain Black Balls adalah dalam lingkungan 30 ke atas (kos Featured Players Neymar adalah 65) manakala pemain White Balls di bawah 10, ada juga 0.

Jadi untuk memuatkan kesemua pemain berstatus Black Balls anda memerlukan pengurus seperti Pep Guardiola, yang mempunyai Management Skills setinggi 840! Kontrak manager juga lebih lama daripada pemain iaitu sebanyak 25 perlawanan. Perlu diingat juga lebih tinggi Management Skills lebih mahal harga yang perlu dibayar untuk memperbaharui kontrak selepas 25 perlawanan.

6. Bertani/Farming

Ada banyak cara untuk mengumpul GP. Salah satu daripadanya adalah dengan cara dikenali sebagai Farming. Kebanyakannya akan menggunakan pemain White Balls untuk mode SIM bagi tujuan mengumpul GP. Selepas tamat 10 perlawanan, kesemua pemain ini tidak akan dilanjutkan kontrak dan diganti dengan pemain baru yang diperolehi daripada Scouts percuma selepas tamat setiap perlawanan. Dengan cara ini, kita dapat memaksimakan perolehan GP tanpa perlu menggunakan sebarang GP bagi memperbaharui kontrak pemain.

PES 2019 kini boleh dimainkan di PC, PS4 dan Xbox One.

Artikel ini ditulis oleh NEST Gaming.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Tina, Bass Dan Mila Bergasak Dalam Trailer Terbaru Dead or Alive 6

Nintendo Switch: Nintendo Tampilkan Console/Handheld Hibrid! Jom Gaming Di Mana Sahaja!

Nintendo Switch Yang Baru Dilaporkan Akan Dikeluarkan Pada Tahun 2019