Ni dia benda korang patut tahu sebelum mlakan pengembaraan dalam Anthem.

Masanya telah hampir tiba! Buat peminat-peminat Anthem yang bertekad, bersemangat dan tazabarrrr untuk memulakan fantasi terbang bersama Javelin menerokai Bastion – sebelum korang terjun tiruk dalam Anthem, apa kata kita recap sikit tips dan maklumat yang berguna dari Developer & Peminat untuk korang ambil tahu.

Tapi sebelum tu, jom layan kejap Live Action short movie Anthem Conviction yang keluar semalam dari Oats Studios, studio yang bikin filem District 9 & Chappie.

Ok..dah puas hati? Jom baca!!

8 tips telah dikicau oleh Michael Gamble kepada peminat Anthem dan yang paling utama ialah “Jangan spoil jalan cerita Anthem” yang secara tak langsung ditujukan kepada Origin Premier Access.

Mungkin korang rasa RM 60 sebulan untuk Origin Premier Access tu amat berbaloi, tapi ingat ianya juga mungkin merupakan harga sebuah persahabatan yang terputus akibat spoiler. Jangan memain dgn spoiler woi, kalau tak caya cuba tanya peminat Game of Thrones hahaha 😛

Anthem 101

Seperti yang telah diketahui, Pilot mempunyai 30 tahap level yang boleh dicapai menggunakan XP dan pada tahap-tahap tertentu, pemain boleh buka slot tambahan, Javelin baharu dan juga tahap kesukaran yang baharu. Jadi pandai-pandai la buat perancangan rapi nanti ye.

Sumber: Reddit FireDragon04

Terdapat perubahan dari segi simbol & ikon dari versi Demo dan Latest Build dan pengguna Reddit FireDragon04 telah menghasilkan infografik perbezaan tersebut bagi memastikan pemain siap-siaga dengan perubahan terkini. Jangan tetiba blur pulak nanti!

Sumber: Twitter FireDragon04

Pengguna yang sama juga telah kumpul senarai Ability semua Javelin untuk pemain merancang kombinasi yang kena dengan jiwa masing-masing siap dengan simbol Prime & Detonator sekali kalau la masing-masing dah ada idea nak buat kombinasi combo berdasarkan pengalaman Demo yang lepas.

Dalam Anthem terdapat 4 elemen utama iaitu Ais, Api, Asid dan Elektrik dimana setiap satu ada fungsi tersendiri. Jangan lupa untuk menggunakan sepenuhnya elemen ini terutamanya Storm untuk mendapatkan combo & turunkan nyawa musuh macam air.

P/S:  Dalam demo kami tak nampak sangat orang guna Asid sedangan elemen tu yang bagi debuff untuk bagi musuh senang mati. Kami cuba dengan Colossus hari tu memang berbaloi dari guna Flamethrower semata-mata.

Apa Cer EndGame?

Ini merupakan tajuk kontroversi bagi mana-mana game yang buat “live services” sebab endgame yang menentukan samada para permain akan terus melayan atau terus menghilang. Ini sedikit maklumat yang kami dapat:

Michael Gamble ada menyatakan beberapa kali bahawa bagi permulaan, kandungan endgame akan melibatkan World Event, Faction, Contracts, Legendary Contracts & Strongholds. Ramai yang hangin bila dapat tahu Strongholds hanya ada 3 ja buat permulaan dan takdak Raid langsung. Pihak BioWare cuba menenangkan dan berjanji akan menambah aktiviti baharu ke dalam Anthem dan telah mengeluarkan gameplay calendar yang melibatkan 3 Act baharu buat masa ini.

Dari maklumat yang diterima, bagi ACT 01: Echoes of Reality yang akan dilancarkan pada Mac 2019, terdapat 3 kandungan yang ingin dibawa oleh BioWare iaitu:

  • Evolving World – Menampilkan kesinambungan jalan cerita utama Anthem
  • Stronger Together – Pengaktifan fungsi Guild & Leaderboard
  • The Cataclysm – World Event dalam skop masa yang terhad yang akan merubah lanskap Bastion dan memberikan cabaran baharu dalam Freeplay.

Dari sesi temubual baru-baru ini, BioWare menyatakan tidak menggunakan nama “Raid” kerana perkataan itu sendiri akan memberi salah faham untuk pemain. Mereka akan menghasilkan “Inspirational Content” yang sama tahap kesukaran yang tinggi tapi tidak terlalu terkongkong dengan jenis & stail cabaran dalam Raid.

Dari pengamatan kami, Anthem lebih menjurus kepada stail Diablo 3 dari shooter-looter yang lain dimana ianya lebih fokus kepada open world Freeplay untuk menyampaikan kandungan endgame berbanding spesifik cabaran/misi.

Ini sebenarnya amat menarik sebab tak banyak yang benar-benar menggunakan sepenuhnya fungsi open world untuk melaksanakan aktiviti endgame. Ini secara tidak langsung padan dengan lore Anthem yang menyatakan artifak bernama Anthem of Creation mempunyai semangat yang tersendiri dan akan mengubah event serta mutasi makhluk di Bastion sesuka hati (sila baca: Developer senang nak buat event dalam Freeplay ikut suka diaorang daripada menghabiskan masa merekabentuk peta untuk aktiviti baharu).

Microtransaction == GREEDISGOOD?

Microtransaction merupakan tajuk yang amat hangat diperbualkan dan memandangkan Anthem ni publisher dia EA jadi persepsi bahawa EA= CEKIK DARAH memang wujud (Battlefront 2 punya pasal la ni). BioWare menyatakan microtransaction dalam Anthem adalah untuk kosmetik semata-mata, boleh grind tanpa keluarkan duit dan bukan lootbox (psstt…BioWare yang cadangkan MTX dalam Anthem, bukan EA 😛 ). Berikut yang dikicau oleh Mark Darrah, Michael Gamble & Casey Hudson berkenaan ini:

 

Cuma sampai sekarang kita taktau ratio harga sebenar bagi setiap Premium Currency yang digunakan sebab BioWare langsung tak bagitahu apa-apa pon. Kena tunggu launch day la baru tau..Agak merisaukan betul!

Mara Menuju Ke Launch Bay!

Itu sedikit sebanyak maklumat yang dapat kami kumpulkan. Sebagai penutup, kami sajikan sedikit kicauan rumusan dari Micheal Gamble dan video maklumat terkini Anthem dari salah seorang Content creator untuk pembaca kami.

Bagi geng-geng yang ada Origin Premier, korang dah boleh start preload & main pukul 11 malam, 15 Februari 2019. Semoga bergembira!! [SALTY] dan terima kasih sebab tolong beta test untuk EA/BioWare seminggu awal [/SALTY] *LariDudukBucuBilikDanMenangisSebabMainKatPS4*

“Strong Alone, Stronger Together”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.