EA nampaknya dah belajar dari kesilapan lepas!

Di EA Play sebentar tadi, BioWare telah mengumumkan bahawa Anthem akan dilancarkan pada 22 Februari 2019 bagi platform PS4, Xbox One dan Origin. Sejak diumumkan tahun lepas, Anthem banyak menimbulkan persoalan. Akhirnya semua terjawab sebentar tadi.

Trailer cinematic telah dipertontonkan dan seperti pengumumannya pada tahun lepas, Anthem benar-benar buat kitorang teruja, tapi berjaga-jaga (sebab sejarah mungkin berulang, sayang~~ nyanyi Tomok).

Anthem merupakan sebuah game action open-world shoot’n’loot yang meletakkan korang sebagai Freelancer yang mampu mengawal exosuit Javelins untuk melindungi bandar kediaman korang.

Di dalam pembentangan tadi, 4 jenis Javelins telah diperkenalkan yang akan boleh dipakai oleh skuad 4 pemain co-op korang – setiap Javelin berbeza antara satu sama lain. Sistem customisation dan kosmetik Javelin yang mendalam turut diumumkan, dan ianya tidak akan dibina di atas sistem lootbox.

Sebaliknya sistem microtransaction telus diumumkan dimana gamers boleh melihat barangan kosmetik dan item-item lain sebelum melakukan pembelian – dan kesemua barangan tersebut bukanlah bersifat pay-to-win.

Tarikan Anthem juga boleh dilihat daripada sejarah BioWare yang banyak menggerakkan cerita in-game diorang menerusi perbualan dan pilihan dalam game yang boleh merubah perjalanan cerita korang menjadi unik.

BioWare berkata, mereka mahu membangunkan game yang boleh dimainkan berbeza setiap kali ianya dimainkan dengan menggabungkan aspek penceritaan singleplayer dan keseronokan multiplayer dalam satu pakej.

Cathleen Rootsaert, lead writer Anthem berkata, game ini telah direka supaya elemen-elemen penceritaan boleh ditambah sehingga bertahun lamanya – kandungan baru (DLC) seperti character development, world event, mahupun storyline atau plotline baru.

Besar sungguh cita-cita Anthem ni. Selamat maju jaya kitorang ucapkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.