Perkara paling ditakuti untuk game ini sudah menjelma?
Awal pagi tadi, EA telah berkongsi pelbagai info tentang yang game sangat dinantikan daripada mereka, iaitu Anthem. Selepas sidang media tersebut, penerbut eksekutif, Mark Darrah telah menjawab beberapa soalan tentang game ini melalui akaun Twitter peribadi beliau.
Darrah mengesahkan yang game ini memerlukan sambungan internet sepanjang masa. Dalam kata lain, tiada mode offline dalam game ini. Beliau menjelaskan yang keperluan internet sentiasa ini disebabkan penggunaan dedicated server.
Beliau turut mengesahkan yang tiada mode PvP dalam Anthem semasa pelancaran. Beliau menyatakan lagi yang tiada sebarang perancangan untuk membawakan mode PvP ke dalam game ini, namun mereka akan tetap melihatnya.
https://twitter.com/BioMarkDarrah/status/1005538720915681281
https://twitter.com/BioMarkDarrah/status/1005545109344083968
https://twitter.com/BioMarkDarrah/status/1005551862290907136
Anthem akan dilancarkan pada 22 Februari 2019 di PC, PS4 dan Xbox One.
Comments
Loading…