in ,

Antara Game Paling Tinggi Rating Di Nintendo Switch Sekarang Adalah… Aplikasi Kalkulator

Salah satu berita paling hangat (dan aneh) dalam dunia gaming pada minggu ini adalah pelancaran aplikasi kalkulator di Nintendo Switch.

Menambah kebingunan orang ramai adalah di kala kita boleh dapatkan aplikasi kalkulator di telefon pintar atau di Google sahaja (malah kalkulator saintifik juga) secara percuma, aplikasi di Switch ini mengenakan bayaran sebanyak USD9.99 (sekitar RM41).

Itu belum cukup aneh. Apa yang lebih menggelikan hati apabila aplikasi ini sudah menjadi bahan jenaka atau meme. Di laman Metacritic, ketika artikel ini ditulis, aplikasi berjudul Calculator yang dibangunkan Sabec Limited itu mendapat rating setinggi 9.0/10.

Rata-rata pemain menghantar reviu yang penuh sarkastik dan melucukan, memberikan pujian melambung seperti menobatkan sebagai ‘Game of the Year 2021’.

Ada pembaca JomGaming yang sudah membeli Calculator di Switch? Kongsikan pengalaman korang menggunakannya hahaha!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
The Last of Us Part II Sebenarnya Ada Easter Egg Di Dasar Laut Dalam Uncharted 4

The Last of Us 2 Hadir Dengan Kemaskini Percuma Untuk PS5 Dengan Pilihan 60FPS

Epic Games Store Beri Percuma NBA 2K21, Mengacah Satu Lagi Game Misteri