in , , , ,

Antara Bonus Pra-Tempah Cyberpunk 2077 – Korang Dapat 8 Lencana Berjahit Termasuk 7 Logo Gang

CD Projekt Red telah mengumumkan apakah bonus yang pemain akan dapati apabila melakukan pra-tempah, digital atau fizikal, untuk game futuristik akan datang mereka, Cyberpunk 2077 — berserta harganya untuk pasaran Malaysia.

Dalam Cyberpunk 2077 nanti, terdapat tujuh kumpulan Gang yang akan mencorakkan dunia masa hadapan yang tidak tentu hala itu.

Tarikan utama pemain yang melakukan pra-tempah Cyberpunk 2077 edisi fizikal ialah menghadiahkan 8 lencana berjahit — termasuklah 7 logo Gang yang ada dalam game itu kelak, serta satu lagi lencana berjahit ialah logo CD Projekt Red berbentuk burung merah itu.

8 lencana berjahit ini merupakan salah satu daripada bonus pra-tempah untuk platform PC, PS4 dan Xbox One.

Antara Bonus Pra-Tempah Cyberpunk 2077 - Korang Dapat 8 Lencana Berjahit Termasuk 7 Logo Geng
Bonus pra-tempah Cyberpunk 2077 edisi fizikal untuk PS4 dan Xbox One.

Untuk platform PC, ada satu lagi bonus tambahan, iaitu keychain yang diperbuat daripada besi, menampilkan logo Gang Tiger Claws (salah satu daripada tujuh Gang itu).

Antara Bonus Pra-Tempah Cyberpunk 2077 - Korang Dapat 8 Lencana Berjahit Termasuk 7 Logo Geng
Bonus pra-tempah Cyberpunk 2077 edisi fizikal untuk PC.

Bonus pra-tempah ini hanya terhad dalam tempoh yang ditawarkan iaitu dari 18 Mei hingga 7 September 2020. Juga tertakluk kepada stok yang masih ada. Maka, kalau korang benar-benar berminat, harus pantas melakukan pra-tempah.

Di mana boleh di-pra-tempah? Untuk pasaran Malaysia, ada 4 buah kedai yang menawarkan untuk platform konsol, dan sebuah kedai untuk PC. Pautannya seperti di bawah:

PS4 & Xbox One

PC

Jalan Cerita Utama Cyberpunk 2077 Akan Lebih Pendek Daripada The Witcher 3, Side Quest Lebih Kompleks

Selain edisi fizikal, edisi digital juga menawarkan beberapa bonus menarik. Di bawah ialah ringkasan butiran pra-tempah Cyberpunk, untuk setiap platform dan setiap edisi.

Edisi Standard Fizikal (PC) (RM219)

  • Game penuh bersama CD soundtrack
  • Reversible Cover
  • Ringkasan dunia memperincikan latar belakang dan lore dalam game
  • Postcard dari Night City
  • Peta Night City
  • Sticker
  • 8 lencana berjahit serta keychain
  • Seni konsep (digital)
  • Buku sumber Cyberpunk 2020 (digital)
  • Wallpaper untuk Desktop dan Mobile (digital)

Edisi Standard Fizikal (PS4/Xbox One) (RM259)

  • Game penuh bersama CD soundtrack
  • Reversible Cover
  • Ringkasan dunia memperincikan latar belakang dan lore dalam game
  • Postcard dari Night City
  • Peta Night City
  • Sticker
  • 8 lencana berjahit (tiada keychain)
  • Seni konsep (digital)
  • Buku sumber Cyberpunk 2020 (digital)
  • Wallpaper untuk Desktop dan Mobile (digital)

Edisi Standard Digital (Semua Platform) (Harga sama mengikut platform di atas)

  • Soundtrack
  • Seni konsep (digital)
  • Buku sumber Cyberpunk 2020 (digital)
  • Wallpaper untuk Desktop dan Mobile (digital)

13 Pelakon Terkenal Yang Pernah Terlibat Dalam Industri Video Game

Cyberpunk 2077 akan dilancarkan untuk PC, PS4, Xbox One dan Stadia pada 17 September 2020, serta PS5 dan Xbox Series X pada satu tarikh yang belum diumumkan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

The Last of Us Part II Dilaporkan Telah Diharamkan Di Arab Saudi Dan UAE

Gameplay Baru The Last of Us Part II Buatkan Peminat Bercakap Tentang PlayStation Vita

Gameplay Baru The Last of Us Part II Buatkan Peminat Bercakap Tentang PlayStation Vita