in , , ,

Another Crab’s Treasure: Game Macam Dark Souls, Tapi Main Sebagai Seekor Ketam

Banyak game di luar sana yang mengambil inspirasi daripada gameplay siri Dark Souls. Dan kini, yang terbaharu adalah bermain sebagai seekor ketam.

Pembangun indie, Aggro Crab telah mendedahkan game mereka seterusnya, berjudul Another Crab’s Treasure.

Daripada trailer yang diperlihatkan, kita dapat saksikan bagaimana gameplaynya amat mirip dengan siri Dark Souls yang dibangunkan FromSoftware, namun perbezaannya adalah kita mengawal seekor ketam, menggunakan latar belakang di dasar laut, serta dalam warna persekitaran dan gaya seni yang lebih ceria.

Dalam trailer ini juga kita dapat lihat beberapa musuh yang bakal dihadapi oleh pemain, antaranya bermacam jenis bentuk dan saiz ketam lain yang menggunakan sampah-sarap yang ada di dasar laut seperti sudu dan garpu sebagai senjata.

Another Crab’s Treasure dijadualkan akan dilancarkan pada tahun 2023 untuk PC, Nintendo Switch serta beberapa konsol yang mereka belum boleh beri kata putus.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Star Wars Jedi: Fallen Order: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Sekuel Fallen Order Dilaporkan Berjudul Star Wars Jedi: Survivor

Gambar-Gambar Baharu Set Penggambaran The Last of Us HBO Kelihatan Mengagumkan