in , ,

Anime The Witcher Keluarkan Trailer Bahasa Jepun, Menampilkan Kugiran ROTTENGRAFFTY

Bagi menguatkan lagi aura anime, Netflix telah mengeluarkan sebuah trailer baharu untuk The Witcher: Nightmare of the Wolf yang menggunakan audio berbahasa Jepun.

Lebih menarik, ia menyunting trailer ini dengan gaya seperti sebuah anime yang sebenar, serta turut menampilkan muzik dari kugiran popular Jepun, iaitu ROTTENGRAFFTY.

Selepas tengok trailer ini, pastinya akan membuatkan kita semua untuk tonton filem animasi ini kelak dalam audio bahasa Jepun.

Durasi tayangan filem anime ini adalah selama 81 minit atau 1 jam 21 minit.

The Witcher: Nightmare of the Wolf merupakan prekuel kepada musim pertama live-action The Witcher di Netflix, yang membawakan Vesemir, mentor kepada Geralt, semasa muda sebagai watak utama.

Untuk filem anime ini, Netflix akan bekerjasama dengan studio terkenal dari Korea, Studio Mir — yang pernah mencipta The Legend of Korra dan Voltron: Legendary Defender.

The Witcher: Nightmare of the Wolf akan mula ditayangkan di Netflix pada 23 Ogos ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Microsoft Terbuka Untuk Perbincangan Menawarkan Xbox Game Pass Di Konsol Lain

Battlefield 2042: Saksikan Gameplay Helikopter, Kereta Kebal Dari Sesi Percubaan Teknikal