Selepas melihat kejayaan adaptasi anime Netflix seperti Castlevania, Cyberpunk: Edgerunners dan Arcane, Onimusha bakal mengikut jejak langkah yang sama.
Platform penstriman itu mengumumkan satu lagi kolaborasi besar. Netflix bekerjasama dengan Capcom untuk menghasilkan adaptasi anime Onimusha. Takashi Miike dan Shinya Sugai sebagai pencipta bersama dan pengarah.
Penghasilan animasi dilakukan oleh Sublimation. Manakala protagonis, Musashi Miyamoto akan dimodelkan mengikut pelakon Toshiro Mifune.
Siri itu akan menggunakan model-model karakter CGI 3D dengan lukisan 2D untuk latar belakang serta penggunaan teknologi animasi terkini.
Comments
Loading…