in , , , , ,

Animasi PUBG Sedang Dibikin Oleh Penerbit Animasi Castlevania, Adi Shankar

Mengikut jejak langkah banyak game lain, PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) akan meluaskan pengaruhnya ke arena animasi pula.

Projek pembikinan animasi PUBG telah diumumkan oleh Krafton. Syarikat yang berpangkalan di Korea Selatan itu mendedahkan yang projek ini akan dketuai oleh Adi Shankar, yang cukup dikenali sebagai penerbit siri animasi Castlevania terbitan Netflix, lapor Collider.

Shankar turut pernah menerbit filem, antaranya Lone Survivor dan The Grey.

CEO Krafton, CH KIM berkata kerjasama syarikat itu bersama Shankar menandakan langkah pertama mereka dalam strategi lebih luas untuk mengembangkan universe PUBG ke francais multimedia.

Walau bagaimanapun, Krafton belum mendedahkan lagi bilakah dan di platform manakah animasi PUBG ini akan ditayangkan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Upacara Pembukaan Olimpik Tokyo 2020 Dipenuhi Dengan Muzik Dari Video Game, Anime

Game Percuma PlayStation Plus Ogos 2021 – Hunter’s Arena: Legends, PvZ: Battle for Neighborville, Tennis World Tour 2 [Kemaskini]