in , , ,

Animasi “Diam” Ketika Meraikan Jaringan Nampaknya Dibuang Dari FIFA 21

Siri game FIFA semestinya cukup terkenal dengan gelagat-gelagat melucukan ketika meraikan jaringan. Walau bagaimanapun, ada satu cara meraikannya mungkin tidak dapat kita lakukan lagi dalam sirinya akan datang, FIFA 21.

Animasi “diam” iaitu meletakkan jari telunjuk ke bibir dilaporkan tidak akan ditampilkan ke dalam FIFA 21. Berita ini muncul apabila satu screenshot FIFA 21 tertiris yang memaparkan senarai animasi yang boleh dilakukan semasa meraikan jaringan. Salah satu animasi kegemaran ramai, iaitu “Shhhh!”, nampaknya telah hilang dari senarai itu.

Para peminat memberikan reaksi berbelah bahagi terhadap berita ini. Ada yang gembira kerana gelagat tersebut merupakan antara animasi yang paling toksik dan mampu membuat para pemain ‘koyak’ apabila pemain lawan melakukannya. Ada juga yang kecewa kerana ia merupakan animasi kegemarannya.

Secara peribadi, penulis tiada masalah dengan “Shhhh!” ini kerana kalau nak bercakap tentang toksik, banyak lagi gelagat yang lebih ‘menyakitkan hati’. Menyuruh pihak lawan ‘diam’ mungkin adalah jawapannya kepada mereka yang suka bermain ‘fancy’. Apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan animasi yang lebih kelakar seperti tekan tubi satu tangan, lompat katak atau menari bintang.

Apa-apa pun pembuangan “Shhhh!” ini masih belum disahkan dengan sahih kerana ia hanya hadir dari screenshot tertiris. Kita perlu tunggu apabila game itu dikeluarkan kelak untuk mengesahkannya.

Beli FIFA 21 Di PS4, Dapat Naiktaraf Percuma Ke PS5 - Akan Dilancarkan Pada Oktober

FIFA 21 akan dilancarkan pada 9 Oktober 2020 untuk PC, PS4 dan Xbox One, serta akan dikeluarkan pula untuk PS5 dan Xbox Series apabila konsol itu dilancarkan pada hujung tahun ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Tentera Israel Sedang Bangunkan Kereta Kebal Yang Guna Controller Xbox, Tablet, UI Macam Game

Tentera Israel Sedang Bangunkan Kereta Kebal Yang Guna Controller Xbox, Tablet, UI Macam Game

Ubisoft Umumkan Secara Rasmi Hyper Scape - Battle Royale Futuristik Percuma Dengan 100 Pemain

Hyper Scape Dilancarkan Sepenuhnya Pada 11 Ogos Untuk PC, PS4, Xbox One