in ,

Animal Crossing: New Horizons Telah Diharamkan Di China Kerana Adanya Protes Hong Kong

Animal Crossing: New Horizons yang boleh dimainkan di Nintendo Switch boleh dikatakan game paling trending di seluruh dunia pada ketika ini. Walaupun game ini tidak dilancarkan secara rasmi di negara China, rakyat negara itu dapat membelinya dari pengimport dan ia telah menjadi satu game yang sangat popular di sana.

Salah satu daya penarik paling kuat dalam game ini ialah bagaimana pemain dapat mencipta pelbagai karakter dan menghias pulau dan persekitarannya dengan bermacam cara. Antara yang pernah JomGaming laporkan sebelum ini ialah dunia The Last of Us dan The Witcher dicipta dalam game ini.

Namun, game ini telah diharamkan oleh kerajaan China untuk dijual di negara Tembok Besar itu kerana pemain nampaknya ‘terlalu kreatif’ untuk mencipta persekitaran pergerakan protes Hong Kong dalam game ini bagi menentang polisi kerajaan China, lapor Business Insider.

Antara pemain yang lantang melakukan protes ini dalam Animal Crossing: New Horizons ialah Joshua Wong, seorang aktivitis yang berpangkalan di Hong Kong. Korang boleh baca bebenang Twitter yang ditulisnya di bawah:

https://twitter.com/joshuawongcf/status/1245639425331056640?s=20

Gedung jualan popular di China, Taobao, yang menjual semula game itu untuk pasaran China, telah dilarang untuk menjualnya bermula minggu ini.

Menurut laporan itu lagi, yang memetik kata-kata Daniel Ahmad, penganalisis industri terkemuka, kerajaan China kebiasaannya akan mengharamkan sesebuah game atas dua kriteria. Pertama, game itu mempunyai kandungan atau kandungan yang dicipta pengguna yang disifatkan berbahaya atau ganas, dan keduanya, game itu menjadi terlalu popular sehingga ia mendapat perhatian pemerintah.

Jelas sekali, Animal Crossing: New Horizons memenuhi kedua-dua kriteria ini.

https://twitter.com/ZhugeEX/status/1248495056299778050?s=20

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
13 Pelakon Terkenal Yang Pernah Terlibat Dalam Industri Video Game

Bilangan DLC Cyberpunk 2077 Akan Sama Atau Lebih Besar Daripada The Witcher 3

Call of Duty: Warzone Menyegarkan Kembali Genre Battle Royale Yang Semakin Membosankan

Call of Duty: Warzone Kini Mempunyai Lebih 50 Juta Pemain, Bawa Semula Trio