in ,

Animal Crossing: New Horizons Catat Rekod Baru – Game Digital Konsol Paling Banyak Terjual Sebulan Dalam Sejarah

Tidak perlulah kami perkenalkan apakah game paling popular di dunia pada ketika ini. Sudah tentulah Animal Crossing: New Horizons yang ada di Nintendo Switch.

Animal Crossing: New Horizons kini telah mencapai satu rekod baharu. Game ini telah mencatatkan jualan unit digital paling banyak dalam tempoh satu bulan dalam sejarah konsol, iaitu sebanyak 5 juta unit.

Laporan ini dikeluarkan oleh SuperData melalui analisis pasaran game untuk Mac 2020, yang turut mengatakan game keluaran Nintendo itu telah menolak rekod yang sebelum ini dipegang oleh Call of Duty: Black Ops IIII.

Malah, rekod terbaharu Animal Crossing: New Horizons ini menyamai rekod sekiranya menambah bersama jualan unit digital Super Smash Bros. Ultimate dan Pokémon Sword and Shield yang dicapai dalam masa sebulan.

Faktor utama game ini menjadi begitu popular ialah kehadiran fungsi bersosial serta latar belakang yang menenangkan membuatkan para pemain seluruh dunia yang kini mengasingkan diri di rumah cukup gembira. Senang kata, game ini dilancarkan tepat pada waktunya di kala dunia sedang berperang melawan wabak COVID-19.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Call of Duty: Warzone Menyegarkan Kembali Genre Battle Royale Yang Semakin Membosankan

Call of Duty: Warzone: Pemain Penipu Akan Dipertemukan Sesama Mereka Dalam Perlawanan Sama

Horizon Zero Dawn Memperkenalkan Lagi Musuh Robot Baru: Stormbird Dan Behemoth

Petunjuk Sekuel Horizon Zero Dawn Akan Dilancarkan Ke PS5, Tapi Tweet Itu Telah Dipadamkan