Menu
in , , ,

Angkara Penggodam, Story Mode Dalam GTA V Sekarang Diserang UFO Makhluk Asing

Kalau dalam bahagian online multiplayer, penggodam sememangnya bermaharajalela. Tapi dalam single-player story mode? Itu aneh.

Namun itulah yang berlaku kepada ramai pemain Grand Theft Auto V pada ketika ini. Story mode dalam GTA V kini telah diserang dengan bermacam bentuk objek aneh seperti kapal angkasa atau UFO yang terlalu besar.

Ramai yang telah berkongsikan pengalaman single-player mereka ini di Twitter dan Reddit. Ramai yang tidak tahu secara jelas apakah sebenarnya yang berlaku kepada game mereka, tetapi kebanyakannya merasakan yang ianya adalah kerja-kerja kotor para penggodam.

Penggodam atau hanya glitch dalam game?

Pemberian percuma oleh Epic Games Store baru-baru ini boleh dikatakan menjadi punca?

Sumber: Comicbook

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Leave a Reply

Exit mobile version