in , , ,

Anda Ada Soalan Tentang God of War? 102 Soalan Terjawab Oleh Pengarah God of War Dalam Masa Pantas

Adakah God of War terbaru akan penuh dengan teka-teki dan masih perlu ke bagi pemain tolak kotak tepat-tepat 4×4 inci?

God of War adalah game terbaru akan datang dalam siri eksklusif PlayStation yang sudah lama dikenali pemain sejak tahun 2005 lalu. Walaupun game ini menjadi penghias muka depan Game Informer bagi bulan Februari, masih lagi banyak persoalan tidak terjawab tentang God of War baru ini.

Oleh itu, wakil Game Informer Job Juba menemuramah pengarah kreatif Cory Barlog untuk bertanyakan serba sedikit soalan (tak banyak pun, 102 soalan sahaja) tentang perjalanan Kratos yang seterusnya ini.

Kalau anda terfikir soalan-soalan seperti berapa ramai Kratos bunuh sepanjang siri game ini, adakah Kratos akan membunuh dewa-dewi Nordik dalam game baru ini dan adakah Kratos seorang bapa yang baik kepada Atreus, sila tonton video berinformatif di bawah:

Sudah pasti Barlog menjanjikan gameplay yang dipertontonkan di E3 2016 akan dimasukkan dalam God of War baru tetapi disertakan sedikit perubahan untuk jadikan lebih menyeronokkan.

Dan sebenarnya,Β Sony tidak terfikir hendak membangunkan kembali God of War selepas sambutan suam-suam kuku God of War: Ascension.

Setakat ini, tiada tarikh rasmi diumumkan tetapi God of War baru akan dikeluarkan pada tahun ini khas untuk PS4.

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Acer Perbaharui Laptop Gaming Nitro 5 Mereka Dengan AMD Ryzenβ„’ Mobile – Laptop Gaming Mampu Milik?

Steam Memecahkan Rekod Lagi Apabila 18.5 Juta Pengguna Serentak Telah Dicatat