Penerbit 1C Company secara rasminya telah mengumumkan Ancestors, video game real time strategy, dibina oleh Destructive Creations yang menjanjikan pertempuran taktikal yang maju, pengurusan sumber dan pembinaan pangkalan.

Pemain akan boleh bermain sebagai salah satu daripada empat angkatan tentera yang mengikut berdasarkan sejarah di zaman medieval Eropah iaitu Viking, Anglo-Saxon, German dan Slavic di dalam mod single-player dan multiplayer.

Dikuasakan oleh Unreal Engine 4, Ancestors dilihat akan menawarkan pertempuran berskala besar dengan penggunaan tradisional “God cam” serta kebolehan untuk melihat pertempuran dari paras bumi. 1C menjanjikan bahawa bentuk muka bumi akan menjadi sebahagian daripada aspek dalam permainan dari segi kemenangan, pengalaman unit dan moral juga perlu untuk diuruskan.

Game real time strategy agak asing untuk konsol Xbox One. Tapi Ancestors mensasarkan untuk menjadi sebagai salah satu tambahan yang penting dalam game-game Xbox One. Tarikh keluaran rasminya akan diumumkan di Gamescom 2017.

JomKomen!