in ,

Anak Patung Barbie Tomb Raider Diumumkan Oleh Mattel

Paul, Sheryl

Ada pengumpul anak patung Barbie dekat sini?

Bagi mereka yang meminati Tomb Raider dan Barbie, korang boleh dapatkan anak patung ini sementara menunggu filem terbaru siri ini yang akan keluar di pawagam pada bulan hadapan.

Mattel telah mengumumkan anak patung Barbie dengan rekaan Tomb Raider, didedahkan secara eksklusif oleh IGN. Rekaan anak patung ini berdasarkan watak filem reboot yang akan dibawakan oleh Alicia Vikander itu.

Mattel akan memperkenalkan anak patung ini semasa acara Mattle Collector di New York Toy Fair pada hari ini. Pra-jualan akan bermula pada hari esok di Barbie.com, dan ia akan dijual dengan harga USD29.99 (RM116.55).

Pembelian anak patung ini akan disertakan sekali dengan pelbagai aksesori, termasuklah peta, kapak, jurnal, pemegang anak patung dan Certificate of Authenticity.

Filem reboot Tomb Raider akan berada di pawagam pada 16 Mac ini, dan korang boleh saksikan trailernya yang gempak di sini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

DLC Pertama Dragon Ball FighterZ Akan Bawakan Ayah Goku, Bardock Dan Broly

Season 3 Battle Pass Untuk Fortnite Battle Royale Bawakan Tema Angkasa