Kalau korang bawah umur, janganlah tengok siri live action The Witcher dari Netflix ini.

Lauren S. Hissrich yang mengetuai pembikinan siri The Witcher Netflix ini telah mengumumkan menerusi kicauan tweetnya – The Witcher tak sesuai ditonton kanak-kanak.

Di dalam tweet tersebut, beliau berkata, beliau telah menonton sebahagian daripada rakaman tersebut bersama anaknya berumur 5 tahun. Dan beliau berpendapat ianya bukan untuk tontonan anak-anak dan adik-adik yang di bawah umur.

Siri The Witcher dari Netflix ini sedang dalam pembikinan di Hungary, namun begitu masih tiada tarikh pelancaran/siaran yang diumumkan setakat ini.

Henry Cavill yang akan memainkan watak Geralt of Rivia di dalam siri tersebut telah berkongsi perkembangan pembikinan filem tersebut di akaun Instagramnya.

Selain Henry Cavill sebagai Geralt, siri ini akan dibintangi Freya Allan(Ciri), Anya Chalotra (Yennefer), Jodhi May (Queen Calanthe), Bjorn Hlynur Haraldsson (Eist), Adam Levy (Mousesack), MyAnna Buring (Aretuza), Millie Brady (Princess Renfri), dengan Mimi Ndiweni dan Therica Wilson-Read (sorcerers).

Bagi yang tak tahu, siri live action The Witcher dari Netflix ini akan mencedok jalan cerita daripada siri novel, dan bukannya daripada francais video game yang dibangunkan oleh CD Projekt Red. Jadi jangan kecam jika ianya tak memenuhi citarasa Geralt yang korang kenal melalui The Witcher 3.
Sekurang-kurangnya, bersyukur Netflix tak ikut illustrasi novel The Witcher seperti di bawah. Geralt nampak seperti lelaki tua yang tidak bermaya aje.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.