in ,

Amy Hennig Dan Studionya Sedang Bikin Game Marvel, Action-Adventure Berteraskan Naratif

Amy Hennig telah mengumumkan bahawa studio yang diketuainya, Skydance New Media sedang membangunkan sebuah game dengan kerjasama Marvel Games.

Berita ini diumumkan sendiri Hennig di Twitter, yang mana Marvel turut mengeluarkan kenyataan mereka.

Game yang sedang dibikin itu disifatkan sebagai sebuah game yang berteraskan naratif, blockbuster action-adventure, serta menampilkan jalan cerita dan pendekatan asli dalam Marvel Universe.

Menurut Marvel lagi, bagi mencipta pengalaman interaktif yang serba baharu ini, Skydance telah mengumpulkan para pembangun yang mempunyai berdekad pengalaman dalam membangunkan game AAA, serta perunding kreatif yang datang dari latar belakang filem, televisyen dan komik.

Orang kanan Hennig di Skydance ialah Todd Stashwick, iaitu salah seorang penulis Star Wars Project Ragtag bersama-sama dengan Hennig, yang mana projek itu sudahpun dibatalkan. Dalam kata lain, kedua-dua penulis itu bakal bersatu kembali dalam projek terbaharu ini.

Amy Hennig cukup dikenali sebagai salah seorang penulis yang mencipta siri game Uncharted, sebelum keluar dari Naughty Dog pada tahun 2014. Kemudian, pada 2019, Hennig dan bekas eksekutif EA, Julian Beak telah membuka Skydance New Media — dan ini merupakan projek pertama mereka selepas penubuhan studio tersebut.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Assassin’s Creed Infinity Bukan Game Percuma, Bawa Pelbagai Elemen Kegemaran Peminat, Kata CEO Ubisoft

Roblox Kini Boleh Dimainkan Setelah 3 Hari Mengalami Masalah