in , ,

Amplitude: Kapal Angkasa Main Music Techno?

Amplitude-001

Sapa minat game ala-ala Guitar Hero tapi dalam versi Techno? Jom usha game apa yang penulis maksudkan.

Developer Harmonix mengumumkan bahawa Amplitude akan berada di pasaran pada 5 Januari 2016. Game yang berkonsepkan Arcade / Music and Rhythm ini boleh di mainkan secara single player ataupun multiplayer.

Amplitude-003

Di dalam Amplitude korang akan mengawal kapal angkasa iaitu ‘Beat Blaster’ dan akan bergerak di atas track berwarna yang setiap track itu mempunyai bahagian-bahagian iaitu percussion, synth, bass, dan vocals. Dan di atas track tersebut terdapat notes yang korang perlu tekan untuk mendapatkan markah.

Apa lagi jom usha trailer Amplitude ini:

So guys, kalau korang berminat dengan game yang bergenre seperti Amplitude ini boleh la kumpul duit korang tu sebab bulan Januari dah nk dekat ni.

ADIOS!!

Written by Hans Yusoff

Lebih dikenali dengan panggil Abah, beliau seorang peminat setia Dota 2, dan bercita-cita tinggi untuk mempunyai sebuah pasukan DotA satu hari nanti.

Juga meminati game bergenrekan FPS dan juga RPG. Jika tidak bermain game beliau adalah seorang Abah yang penyayang.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

JomRakam! Ep. 1: Chipmunk versus Zombies!

Yakuza 6: Trailer Bagi Demo Yang Bakal Dikeluarkan Kelak