SuperData telah mengeluarkan analisis terbaharu mereka yang memperlihatkan apa yang berlaku dalam pasaran game digital di seluruh dunia.
Antara game yang mendapat perhatian dalam analisis kali ini ialah Among Us.
Menurut SuperData, game yang dibangunkan oleh InnerSloth itu telah mencatatkan kira-kira separuh billion (500 juta) pemain aktif bulanan pada November 2020. Angka ini sekaligus menjadikan Among Us, menurut analisis ini, sebagai game paling popular dalam sejarah dari segi jumlah pemain aktif bulanan.
Walau bagaimanapun, pendapatan game ini tidaklah begitu tinggi memandangkan game ini tidak mengenakan bayaran atau menjual item-item yang terlalu mahal.
Apa yang menarik ialah versi PC yang mengenakan bayaran sebanyak USD5 (atau RM12.50 untuk pengguna Steam di Malaysia) merangkumi majoriti (64%) pendapatan dari Ogos hingga November, walaupun hanya merupakan bilangan kecil keseluruhan bilangan pemain Among Us, iaitu cuma 3% pada November.
Dalam kata lain, 97% pemain Among Us adalah pemain mobile (iOS dan Android), yang mana ia boleh dimainkan secara percuma.
Dalam laporan JomGaming sebelum ini, Among Us juga merupakan game yang paling banyak dicari di Google seluruh dunia sepanjang tahun 2020 ini.
Comments
Loading…