in , , , , , ,

Among Us, Fall Guys, Valorant Adalah Game Paling Banyak Dicari Di Google Sepanjang 2020

Google telah mengeluarkan ringkasan terhadap carian oleh pengguna dunia atau lebih dikenali sebagai Google Trends sepanjang tahun 2020.

Dalam ringkasan Global, Google turut mendedahkan apakah 10 game yang paling banyak dicari di enjin carian itu oleh pengguna seluruh dunia. Tentunya tidak mengejutkan, berada di takhta teratas ialah Among Us.

Among Us sebenarnya telah dilancarkan pada tahun 2018. Ia tidak mendapat sambutan sepanjang dua tahun pertama pelancarannya, sehinggalah ia melonjak naik sekitar Ogos 2020 apabila beberapa streamer terkemuka bermain game ini.

Di tangga kedua pula dalam game paling banyak dicari di Google pada tahun ini ialah Fall Guys: Ultimate Knockout. Menggunakan formula karakter-karakter comel dalam suasana permainan berkonsepkan Istana Takeshi, ia telah menggegarkan satu populariti yang cukup luar biasa.

Berikut ialah senarai penuh 10 game yang paling banyak dicari di Google sepanjang tahun 2020 oleh pengguna global:

  1. Among Us
  2. Fall Guys: Ultimate Knockout
  3. Valorant
  4. Genshin Impact
  5. The Last of Us 2
  6. Ghost of Tsushima
  7. FIFA 21
  8. Animal Crossing
  9. Call of Duty: Warzone
  10. ドラクエ ウォーク

Ini merupakan ringkasan untuk pengguna global secara keseluruhannya. Melihat carian yang dicatatkan oleh pengguna Amerika Syarikat juga agak menarik. Carian PS5 berada di tangga pertama dalam kategori ‘Where to buy..” (di mana nak beli?).

PS5 mengalahkan carian-carian gaming lain seperti Xbox Series X dan Nintendo Switch, serta carian bukan gaming seperti tisu tandas, pelitup muka dan lain-lain.

Pastinya, Google turut mendedahkan ringkasan carian pengguna Malaysia sepanjang tahun ini. Walau bagaimanapun, tiada sebarang kategori carian berkaitan gaming yang dapat kita saksikan, yang mana ia lebih memfokuskan kategori seperti ‘Resipi’, ‘Gajet’, ‘Bantuan Kewangan’ dan lain-lain.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Lupakan Konsol, Nikmati Screenshot Photo Mode Cyberpunk 2077 PC Yang Menggiurkan

Trailer Prolog Penuh Aksi Dan Gameplay Teknologi 'Braindance' Baru Cyberpunk 2077 Diperlihatkan

Pelabur Mungkin Akan Saman CD Projekt Red Atas Info Mengelirukan Cyberpunk 2077