in ,

Among Us, Cyberpunk 2077 Mendominasi Steam Pada 2020 – Game Terlaris, Paling Banyak Dimainkan

Setiap tahun, Steam akan mengeluarkan ringkasan terhadap apa yang berlaku sepanjang tahun di platform gaming terbesar itu.

Maka, untuk tahun 2020, kita telah mengetahui apakah game yang mendominasi Steam. Dua kategori ringkasan yang sentiasa menjadi bualan hangat ialah apakah game yang paling laris (jumlah pendapatan yang diperoleh) dan apakah game yang paling banyak dimainkan (mengumpulkan jumlah pemain serentak tertinggi).

Seperti biasa, Steam membahagikan 100 game paling laris sepanjang tahun kepada empat tingkat iaitu Platinum, Gold, Silver dan Bronze. 12 game yang disenarai dalam Platinum, atau game paling laris sepanjang tahun di Steam iaitu (tidak mengikut apa-apa susunan):

  • Among Us
  • Cyberpunk 2077
  • Grand Theft Auto V
  • PUBG
  • Counter Striker: Global Offensive
  • Doom Eternal
  • Fall Guys
  • Monster Hunter World
  • Red Dead Redemption 2
  • Destiny 2
  • Dota 2
  • Rainbow Six Siege

Untuk kategori game paling banyak dimainkan di Steam sepanjang 2020, terdapat hanya 11 game yang berjaya mencapai 200,000 atau lebih pemain serentak pada satu-satu masa. Game-game tersebut ialah:

  • Grand Theft Auto V
  • Dota 2
  • Monster Hunter World
  • Counter Striker: Global Offensive
  • Cyberpunk 2077
  • Terraria
  • Destiny 2
  • PUBG
  • Mount & Blade II: Bannerlord
  • Life is Strange 2
  • Among Us

Selain game-game ‘wajib’ yang akan masuk ke dalam ringkasan tahunan ini seperti PUBG, CS:GO, Dota 2, dan GTA V — ada beberapa game lain yang sebenarnya telah turut mendominasi dunia gaming pada tahun penuh mencabar ini, antaranya Among Us, Cyberpunk 2077 dan Fall Guys.

Secara ringkas, Among Us meletop apabila ia mula dimainkan oleh beberapa streamer terkemuka, walaupun game ini telah berusia dua tahun; Cyberpunk 2077 pula tetap menjadi game paling dinantikan walaupun menimbulkan bermacam kontrversi; serta Fall Guys pula cukup popular semasa awal pelancarannya kerana membawakan gameplay seakan Istana Takeshi yang comel.

Korang boleh lihat sendiri ringkasan penuh Steam untuk tahun 2020 di pautan ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
13 Pelakon Terkenal Yang Pernah Terlibat Dalam Industri Video Game

CDPR Tekad Untuk Mempertahankan Diri Atas Tindakan Undang-Undang Terhadap Cyberpunk 2077

PS5 Dilaporkan Terjual 3.4 Juta Unit Dalam 4 Minggu Pertama, Jangka 18 Juta Pada 2021