in , , ,

Among Us Akan Menerima Map Baru, Paparan Penuh Semasa The Game Awards

Antara game yang meletup pada tahun ini, Among Us akan mendapat satu map baharu, dan InnerSloth telah memperlihatkan satu gambar acah untuk map ini.

Tidak banyak yang boleh kita lihat daripada gambar pertama ini, yang mana ia hanya memaparkan sekeping gambar di dalam kapal angkasa dengan ton warna yang agak berbeza daripada map sedia ada.

Kita dapat lihat juga yang dua karakter yang tampil dalam gambar ini kelihatan memakai kostum yang lebih menarik, menandakan game ini mungkin akan membawakan lebih banyak kosmetik untuk para pemain pilih.

InnerSloth turut menyatakan yang map baharu ini akan diperlihatkan lanjut semasa acara kemuncak The Game Awards yang berlangsung pada 10 Disember ini.

JomBaca: Pembangun Among Us Batalkan Sekuel, Fokus Kini Untuk Tambah Kandungan Game Sedia Ada

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

“Game Sebenar PS5” Hanya Akan Ada Sekurang-Kurangnya Pada 2022, Kata CEO PlayStation

Pemain Steam Semakin Ramai Gunakan Controller, Terutamanya Peningkatan Controller PlayStation