in , ,

Among Us Akan Dilancarkan Untuk PS4, PS5 Tahun Ini Bersama Skin Ratchet & Clank

Innersloth telah mengumumkan yang Among Us bakal dilancarkan ke platform PS4 dan PS5 pada tahun ini.

Bersama-sama pelancaran ke platform Sony itu, skin, topi dan pet Ratchet & Clank akan dilancarkan eksklusif untuk pemain PlayStation. Tentunya, seperti platform lain, ia akan menyokong cross-play antara semua platform yang ada.

Among Us kini boleh dimainkan di PC, iOS, Android dan Switch. Disember lalu, mereka telah mengumumkan yang game ini akan dilancarkan ke Xbox One dan Xbox Series. Walau bagaimanapun, seperti PS4 dan PS5, Xbox One dan Xbox Series juga belum lagi mempunyai tarikh tepat, hanya menyatakan yang ia akan hadir pada tahun 2021.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Rangka Cerita The Last of Us 3 Dah Ditulis, Tapi Belum Mula Produksi, Dedah Pengarah

Konami Tarik Diri Dari E3 2021, Ada Banyak “Projek Penting” Dalam Pembangunan Lanjut