2017 pastinya sebuah tahun yang menarik bagi AMD.

CPU terbaru, Ryzen keluaran syarikat AMD dijangka akan mula dipasarkan pada awal bulan Mac nanti. Perkara ini telah disampaikan oleh Lisa Su, selaku ketua eksekutif di AMD dalam perjumpaan suku akhir syarikat tersebut.
Lisa Su turut menyatakan bahawa CPU ini boleh diperolehi dengan meluas mulai hari pertama ia dipasarkan. Ramai yang menjangkakan bahawa pembuat-pembuat PC seperti Dell dan HP akan mula menggunakan Ryzen sebagai salah sebuah hardware pilihan dalam keluaran-keluaran akan datang.
Bagi mereka yang masih belum mengetahui mengenai Ryzen, ia dikategorikan sebagai high-end CPU dan dijangka untuk bersaing dengan Core i5 dan Core i7 keluaran Intel.

Dalam perjumpaan ini, AMD turut mengesahkan GPU Vega akan mula dipasarkan pada suku kedua bagi tahun ini. Kuasa pemprosesan bagi GPU Vega ini dikhabarkan mampu menewaskan kuasa pemproses GTX 1080 keluaran Nvidia.
Nampaknya kita dapat menjangkakan CPU Ryzen akan mula dipasaran mulai Mac manakala GPU Vega pula sekitar bulan Jun.
Comments
Loading…