in , , , ,

Ambil Kedudukan AC3, Valhalla Catat Jualan Pelancaran Terbesar Dalam Sejarah Assassin’s Creed

Assassin’s Creed Valhalla telah mencatatkan jualan untuk minggu pertama pelancaran terbesar dalam sejarah francais Assassin’s Creed.

Dalam kata lain, tidak ada game Assassin’s Creed lain sebelum ini yang pernah mencatatkan jualan dalam minggu pertama pelancaran yang lebih tinggi daripada Assassin’s Creed Valhalla, umum Ubisoft dalam satu kenyataan.

Menurut penganalisis tersohor, Daniel Ahmad, rekod jualan tertinggi untuk minggu pertama pelancaran dalam francais sebelum ini ialah Assassin’s Creed 3 yang dilancarkan pada 2012, yang mana ia telah mencatatkan 3.5 juta unit terjual dalam masa hanya seminggu pelancaran.

Bukan itu sahaja. Malah, Assassin’s Creed Valhalla kini juga merupakan pelancaran game paling berjaya bagi platform PC (Uplay dan Epic Games Store) dalam sejarah mana-mana game Ubisoft.

Walaupun tidak menyatakan data ini secara spesifik, namun ia secara langsung turut mengesahkan yang ia merupakan game untuk platform PC yang paling menguntungkan kerana ia dilancarkan di Uplay dan Epic Games, tidak dilancarkan di Steam.

Ubisoft menerima 95% hasil jualan daripada harga sesebuah game yang dijual di Uplay, manakala Epic Games Store pula 88%. Sekiranya melancarkannya di Steam, mereka hanya menerima 70%.

Assassin’s Creed Valhalla kini boleh dimainkan di PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X/S dan Stadia.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Siri TV The Last of Us Diberi Lampu Hijau Oleh HBO Untuk Teruskan Produksi

“Game Sebenar PS5” Hanya Akan Ada Sekurang-Kurangnya Pada 2022, Kata CEO PlayStation