Amazon dilaporkan sedang membangunkan perkhidmatan penstriman game mereka sendiri.

Ia adalah perkara yang tidak mengejutkan kerana bisnes penstriman game merupakan masa depan dalam industri video game dan semestinya Amazon tidak mahu melepaskan peluang ini kerana syarikat besar seperti Google juga telah melakukan percubaan ke atas perkhidmatan penstriman mereka iaitu Project Stream melalui game Assassin’s Creed Odyssey.

Menurut laporan dari The Information, beberapa rancangan sedang dilaksanakan dan Amazon kini sedang berunding dengan penerbit-penerbit dari syarikat video game untuk memastikan mereka boleh mengeluarkan game tersebut melalui perkhidmatan mereka.

Menurut beberapa sumber yang hampir sama, perkhidmatan penstriman game Amazon mungkin akan dilancarkan pada awal tahun 2020.

Microsoft juga tidak mahu ketinggalan, dikatakan sedang membangunkan Project xCloud serentak bersama dengan perkakasan untuk konsol mereka. Untuk Sony pula, mereka sudah ada PlayStation Now dan tanpa ragu-ragu mereka juga akan mengembangkan perkhidmatan mereka untuk bersaing dengan syarikat lain.

Sumber: VG247

JomKomen!