Amaran kepada semua pemain PS4! Dengar baik-baik sebelum apa-apa terjadi kepada PS4 korang!
Beberapa laporan di Reddit telah mendedahkan yang kini terdapat satu glitch yang mana apabila menerima sesuatu mesej di PlayStation Network (PSN), ia boleh membuatkan PS4 korang rosak (brick).
Apa yang dimaksudkan PS4 menjadi “brick”? Sistem PS4 korang akan tidak akan boleh dibuka langsung, dan apabila ini terjadi, satu-satunya cara untuk memulihkan semula adalah dengan reset ke factory settings — iaitu ia akan buang (delete) semua data korang. Senang cerita, reset ke factory settings akan menjadikan PS4 seperti baru sahaja membelinya.
Dapatan awal mengatakan yang mesej tersebut adalah satu eksploit berbentuk teks. Ia akan menghantar korang dengan mesej yang sistem PS4 tidak boleh untuk membacanya, seterusnya menjadikan sistem menjadi “crash”.
Mesej tersebut akan kelihatan seperti berikut:
Laporan tersebut menyatakan yang beliau terkena glitch semasa sedang bermain Rainbow Six Siege. Seorang pemain lawan telah menggunakan satu akaun palsu lain untuk menghantar mesej glitch tersebut kepadanya.
Ada sesetengah pemain menyatakan isu ini boleh diperbaiki dengan meng-delete mesej tersebut melalui aplikasi mobile PlayStation. Walau bagaimanapun, ada juga pemain lain yang menyatakan langkah ini tidak berjaya.
Untuk berada dalam situasi yang lebih selamat, kita semua boleh melakukan langkah pencegahan awal ini dengan segera, iaitu menghalang akaun-akaun tidak dikenali daripada menghantar mesej kepada kita:
- Pergi Settings di menu utama PS4
- Pergi Account Management
- Pergi Privacy Settings
- Pergi Personal Info | Messaging
- Pergi Messages
- Pilih sama ada Friends Only atau No One
Harapnya Sony akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara ini, serta mendedahkan kepada kita apakah punca sebenar dan bagaimana cara terbaik untuk mengatasinya.
Sumber: Push Square
Comments
Loading…