in

Allison Road Game “Pengganti” P.T. Telah Dibatalkan!

Sentap yang teramat apabila Silent Hill yang diusahakan oleh Kojima dibatalkan. Lagi sedih apabila bakal penggantinya, Allison Road juga diumumkan batal!

Petang kelmarin, akaun rasmi Twitter Allison Road berkicau…

https://twitter.com/AllisonRoad_HQ/status/739251685265117184

Ramai peminat genre horror menunggu-nunggu game yang mempunyai feel klasik macam ni. Pada asalnya, ia hanyalah merupakan projek Kickstarter dimulakan oleh studio Lilith dan kemudian berkolaborasi dan di-develop oleh Team17, yang menggunakan Unreal Engine 4 lalu membatalkan projek Kickstarter mereka.

Walau bagaimanapun, studio Lilith belum lagi memberi apa-apa kata tentang kesinambungan projek ini samada ianya akan diambil alih oleh studio lain atau di biar terbengkalai. Banyak juga spekulasi mengatakan kemungkinan akan ada harapan untuk video game ini mendapat peluang untuk diterbitkan semula.

Apa-apa pun, Akak sangat mengharapkan ada khabar berita yang baik yang mampu memberi cahaya kepercayaan kepada game ini semula. Nak sangat merasa main game ini memakai VR. 

Jadi, marilah kita berhuhuhu bersama sambil mengenang video trailer yang mengasyikkan ini. Ada berani? Jangan risau, bulan puasa semua Cik Pon kene ikat dah.

https://www.youtube.com/watch?v=Q-HDBwzv6Oo

Written by Sarah Akirien

Penulis dan Video Content Editor JomGaming ini seorang yang kecil-kecil cili padi. Seorang gamer yang sentiasa berhalusinasi dalam alam fantasi. Penembak tegar Destiny dan Overwatch. Twitch.tv/akirien

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Bocor! DLC The Division: Underground Keluar Akhir Bulan Ini!

Livestream Game-Game Blizzard Terus Ke Facebook!