Satu lagi pendedahan menarik di CES 2020 pagi tadi yang berkisar dalam industri gaming datang dari Alienware.
Alienware telah memperkenalkan satu prototaip yang dikenali sebagai Concept UFO. Diringkaskan, peranti ini adalah umpama Nintendo Switch, tapi memainkan game-game terkemuka dari platform PC.
Seperti yang tertera di namanya, ia merupakan rekaan konsep, bukan produk muktamad, untuk sebuah peranti mudah-alih daripada Alienware, yang mana pemegang kira dan kanannya boleh dicabutkan dari skrin utama di tengah — seakan Nintendo Switch. Malah, peranti ini juga boleh diletakkan di dok dan skrinnya dipancarkan ke skrin yang lebih besar.
https://twitter.com/Alienware/status/1214305645169643520?s=20
Menurut CNET yang telah mencuba, peranti ini mempunyai Windows 10 versi tablet. Game yang telah mereka mainkan ialah World War Z dan kata mereka lagi, ia dapat dimainkan dengan baik di peranti ini.
Dell akan memperkenalkan Concept UFO ini dengan butiran lebih lanjut pada 8 Januari, 2 pagi (waktu Malaysia). Korang boleh saksikannya nanti melalui streaming di bawah:
Comments
Loading…