in , , , ,

Aliens: Fireteam: Game Shooter Co-Op Baru Lawan Makhluk Asing, Inspirasi Daripada Francais Aliens

Dahagakan sebuah game shooter co-op yang bergasak dengan makhluk asing? Ini ada berita baik untuk korang.

Cold Iron Studios telah mengumumkan Aliens: Fireteam, game shooter co-op pandangan third-person. Jom layan trailer pertama penuh aksi yang cukup berpotensi ini:

Pemain akan bermain sebagai US Colonial Marine dan diberi pilihan untuk menjadi salah satu daripada lima kelas: Gunner, Demolisher, Technician, Doc, dan Recon. Studio ini bekerja rapat dengan 20th Century Fox untuk mencipta beberapa musuh baharu dalam universe Aliens.

Aliens: Fireteam berlatarbelakangkan tahun 2202, iaitu 23 tahun selepas kejadian trilogi asal Aliens.

Aliens: Fireteam akan dilancarkan untuk PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X, dan PC sekitar musim panas (Jun-September) 2021.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Fall Guys Kini Bawah Epic Games Selepas Pembelian Syarikat Induk Mediatonic

Genshin Impact – Kemaskini Versi 1.4 Akan Hadir Pada 17 Mac Dengan Sambutan Festival Windblume