Sekuel kepada Alien: Isolation akan datang – dan ianya bukan di platform konsol ataupun PC! Ye ke ni?

Selepas desas-desus yang berbisik selama beberapa hari, akhirnya game berikutnya dalam francais Alien telah leak. Game yang kononnya bernama Alien: Blackout ini telah tersenarai di dalam laman web developer game itu – D3 Go! dan ianya dirancang untuk platform iOS, Android dan Amazon App Store!

Menurut laman web tersebut, Alien: Blackout akan menyambung jalan cerita Alien: Isolation dengan lanjutan kisah Amanda Ripley, anak kepada Amanda Ripley di antara filem Alien dan Aliens. Masih tiada berita berkenaan genre game tersebut, tetapi sekiranya ianya menyambung alkisah dari Alien: Isolation, ianya mungkin bergenre survival horror.

Game ini nanti memerlukan korang “menggunakan bekalan kuasa stesen angkasa untuk menyalakan peta holografik, kamera tertutup, dan pengesan pergerakan, bersembunyi dan lindungi kru daripada makhluk asing di dalam 7 level menyeramkan.” Game ini juga menjanjikan kepelbagaian strategi permainan dan penamat yang berbeza!

Jika mobile game bukan apa yang korang harapkan daripada francais Alien, Cold Iron Studios khabarnya sedang membikin game berikutnya bagi PC dan konsol.

JomKomen!