I’m a survivor! I’m not gonna give up! (sambil menyanyi lagu Survivor oleh Destiny’s Child)
Trailer kedua kali ini menampilkan lebih terperinci tentang plot filem yang seakan sama seperti game Tomb Raider (2013) berbanding dengan trailer pertama.
Untuk trailer kedua Tomb Raider, Lara Croft dilakonkan oleh pemenang Oscar, Alicia Vikander cuba menyesuaikan diri dalam kota London tanpa kehadiran bapanya, Lord Richard Croft (Dominic West).
Sebagai seorang pengembara bergelar Croft, Lara mengembara ke suatu pulau di tengah lautan penuh gelora tanpa mengetahui ada sesetengah peninggalan bapanya adalah bukan sesuatu pengembaraan yang Lara mahukan.
Selain Vikander dan West, filem ini turut dibintangi oleh Daniel Wu sebagai kapten Lu Ren dan Walton Goggins sebagai ketua penjahat kumpulan Trinity serta diarahkan oleh Roar Uthaug.
Filem Tomb Raider akan ditayangkan di pawagam pada 16 Mac 2018.
Comments
Loading…