in , ,

Alibaba Bekerjasama Dengan IeSF – Pelaburan USD150 Juta Bagi Memajukan eSports!

Sejak akhir-akhir ini eSports semakin mendapat perhatian bukan sahaja daripada golongan muda-mudi, tetapi juga telah menarik minat syarikat-syarikat korporat besar.

alibaba-esport-iesf-002

Alibaba-IeSF
Sumber.

Terbaru dalam usaha untuk memastikan eSports ini mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa, International e-Sports Federation (IeSF) telah pun bekerjasama dengan syarikat korporat terbesar di China iaitu Alibaba Group.

Alibaba Sport Group (AliSports) telah pun bersetuju untuk menyuntik dana sebanyak USD150,000,000 kepada arena eSports antarabangsa bagi memastikan perjalanan eSport ini mendapat pengiktirafan di mata dunia.

JomBaca: Alibaba Akan Menganjurkan Pertandingan Esports?

Kejohanan tersebut yang masih dalam proses pembikinan dengan nama AliSports World Electronic Sport Games” atau singkatannya WESG akan menganjurkan kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai terkumpul sebanyak USD 5,500,000 dalam masa terdekat ini.

Berikut adalah kenyataan Zhang Dazhong – CEO Alibaba Sports Group mengenai gabungan diantara Alibaba bersama IeSF:

As the most authoritative international organization in e-sports industry, IeSF has been committed to promoting eSports movement into the mainstream, including pushing it into the Olympic Games, which is consistent with our ideal

Perkongsian ini dilihat mempunyai tiga matlamat iaitu:
– Untuk menganjurkan kejohanan melibatkan pemain amatur dan juga profesional.
– Mempromosikan eSports sebagai salah sebuah sukan yang diiktiraf.
– Untuk menghasilkan jenama baru di dalam arena eSports.

ESports-Malaysia

Di Malaysia, IeSF diwakili oleh ESports Malaysia (ESM), sebuah badan pentadbiran yang memantau dan menyelia usaha memajukan aktiviti eSports tempatan ke peringkat antarabangsa.

ADIOS!!

Written by Hans Yusoff

Lebih dikenali dengan panggil Abah, beliau seorang peminat setia Dota 2, dan bercita-cita tinggi untuk mempunyai sebuah pasukan DotA satu hari nanti.

Juga meminati game bergenrekan FPS dan juga RPG. Jika tidak bermain game beliau adalah seorang Abah yang penyayang.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Malaysia Campus League: Dapatkan Biasiswa Dengan Bermain Game League of Legends, Jom!

Mampukah Anda “Survive” Dalam No Man’s Sky? Video Ini Terangkan Cabaran Yang Perlu DIhadapi!