in , , , ,

Alibaba Akan Menganjurkan Pertandingan Esports?

alibaba-esports-001

Wow! Alibaba akan menganjurkan pertandingan Esports? Eh bukan Alibaba dalam citer P Ramlee tu. Nak tau yang mana? Teruskan membaca.

alibaba-esports-002

Alibaba sebuah syarikat laman web E-dagang terbesar di dunia yang dimiliki oleh Jack Ma – ahli peniagaan yang berjaya dari China akan menganjurkan pertandingan eSports dengan dana sebanyak RM 25.1 Juta!

Pertandingan ini akan diterajui oleh Alibaba Sports Group (ASG) dan juga rangkaian firma sosial Singapura iaitu YuuZoo Co. Siri pertandingan eSports ini nanti akan dikenali dengan nama “AliSports World Electronic Sport Games” atau singkatannya WESG.

alibaba-esports-003

Pertandingan ini akan merangkumi game DotA 2, Counter-Strike: Global Offensive (CS:GO), Starcraft 2: Legacy of the Void, dan juga Hearthstone. Acara ini dikatakan akan bermula pada bulan April 2016 ini dan menawarkan hadiah terkumpul sehingga USD 5.5 Juta untuk kesemua 4 game yang akan dipertandingkan

alibaba-esports-004

Ini merupakan satu kejayaan positif bagi eSports kerana telah mula mendapat perhatian dari syarikat-syarikat besar yang tidak mempunyai latar belakang mengenai game. Diharap ini dapat membesarkan lagi arena eSports setanding dengan sukan-sukan lain di mata dunia.

ADIOS!

Written by Hans Yusoff

Lebih dikenali dengan panggil Abah, beliau seorang peminat setia Dota 2, dan bercita-cita tinggi untuk mempunyai sebuah pasukan DotA satu hari nanti.

Juga meminati game bergenrekan FPS dan juga RPG. Jika tidak bermain game beliau adalah seorang Abah yang penyayang.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

DotA 2: The International 2016 (TI6) Sudah Ada Tarikh?

Overwatch: Filem Pendek Memperkenalkan Widowmaker Si Pembunuh Upahan