Raja Rap nyanyi atas lagu Kingdom Hearts! Rare, baqhang!
Kamikaze, album terbaru Eminem gunakan lagu Kingdom Hearts, menurut satu temuramah di dalam Rolling Stones!
Dalam lagu bertajuk ‘Good Guy’ itu, penerbit lagu tersebut Illadaproducer berkata, beliau menggunakan lagu tema Kingdom Hearts yang telah di-filter, di-ubahsuai dan diproses sehingga ianya sukar dikenali!
Menurut laman Genius.com, lagu tema yang digunakan itu disenaraikan sebagai Simple & Clean dari Utada Hikaru, lagu intro kepada Kingdom Hearts yang asal.
Amacam, korang boleh dengar ke bahagian mana yang digunakan di dalam lagu terbaru Eminem itu?
Comments
Loading…