in , , ,

Alamak! Harga AMD Ryzen Leaked Lagi! CPU Termurah Hanya Pada RM646!

Tak sempat berita harga leaked AMD Ryzen reda, kini berita harga CPU terbaru AMD tertiris lagi sekali! Kali ini dilaporkan oleh Overclock3D, dengan senarai harga yang lebih lengkap!

Dari jadual yang tertiris, CPU termurah Ryzen iaitu Ryzen 3 1100 diletakkan pada harga CNY999 (~RM646) manakala CPU termahal iaitu Ryzen 7 1800X akan dipasarkan pada harga CNY4,399 (~RM2,845).

Namun begitu, apa yang menarik perhatian kami adalah pada Ryzen 5 1600X yang kemungkinan akan menjadi pilihan ramai pengguna-pengguna PC akan dipasarkan pada harga CNY1,999 (~RM1,292).

Clock speeds and pricing have been leaked for AMD's entire Ryzen lineup
Sedikit info mengenai keluaran terbaru AMD ini, setiap cip pemproses Ryzen ini akan mengandungi sebanyak 10 CPU yang akan mempunyai sekurang-kurangnya 4 CPU core dan maksimum 8 CPU core dimana setiap satu CPU core ini akan mempunyai clock speed diantara 3.2GHz hingga 3.6GHz.
Disamping itu, AMD akan membahagikan siri Ryzen ini kepada tiga bahagian iaitu Ryzen 3, Ryzen 5 dan Ryzen 7. Menyerupai corak penamaan CPU Intel bukan?
Akhir kata, kami berharap pembaca-pembaca tidak terlalu teruja atas harga-harga yang dikongsi melalui leak ini. Kita nantikan pengumuman rasmi dari AMD!

Written by Azhar Yusof

Seorang PC enthusiast. Indie game lover.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Nintendo Switch Di Malaysia Lebih Mahal Dari Harga Diumumkan Nintendo! Kenapa Jadi Begini?

Nintendo Switch Di Malaysia Lebih Mahal Dari Harga Diumumkan Nintendo! Kenapa Jadi Begini?

Sniper Elite 4 – Koleksi Markah Dan Review Dari Pengkritik

Sniper Elite 4 – Koleksi Markah Dan Review Dari Pengkritik