Setelah mengumumkan kolaborasi antara Genshin Impact dan Horizon Zero Dawn pada bulan lalu, miHoYo telah memperlihatkan aksi gameplay pertama Aloy dalam game open-world mereka itu.
Saksikannya di bawah:
Aloy, karakter 5 bintang, akan menggunakan senjata busur dan menggunakan elemen Cryo. Sekiranya pemain berjaya mencapai Adventure Rank 20 atau lebih semasa kemaskini versi 2.1 dan 2.2, pemain akan mendapat Aloy dan busur Predator-nya di mail dalam game apabila pemain log masuk ke dalam PS4 atau PS5.
Bagi pemain PC, iOS dan Android pula, mereka perlu menunggu selama 6 minggu untuk mendapatkannya semasa kemaskini 2.2 yang bermula pada 24 November nanti.
Aloy akan tersedia untuk dimainkan dalam Genshin Impact dalam kemaskini “Floating World Under the Moonlight” yang bakal dilancarkan pada 1 September ini.
Comments
Loading…