Saksikan aksi Lara Croft dalam gambar-gambar terbaru ini.
Filem reboot untuk siri Tomb Raider kini sedang berada dalam fasa produksi. Terbaru, gambar-gambar di set pengembaraan telah dikongsi buat pertama kali kepada umum oleh laman Twitter @vikanderonline.
https://twitter.com/vikanderonline/status/828665837728985091
#NEW: Alicia Vikander as Lara Croft on the set of the Tomb Raider Reboot in Cape Town š„ #aliciavikander pic.twitter.com/QP8U9oslx9
— AliciaVikanderItalia (@VikanderITALY) February 6, 2017
Daniel Wu, Walton Goggins danĀ Alicia Vikander merupakan antara pelakon yang akan membintangi filem reboot kepada siri video game yang cukup popular ini.Ā DalamĀ filem reboot Tomb Raider kali ini, ia akan membawa Lara pada usia lebih muda, 21 tahun sebelum dia memulakan pengembaraan hebat dalam game pertama Tomb Raider.
Filem akan datang ini bakal mengambil sedikit ton daripada game terbaru francais ini, Rise of the Tomb Raider. Ia akan memfokuskan kepada pengembaraan Lara Croft dalam mencari bapanya.Ā DalamĀ Rise of the Tomb Raider, kisahnya berkisar tentang Lara yang berusaha untuk meneruskan penyelidikan bapanya, Richard Croft.
Tomb Raider sudah pernah diadaptasikan ke layar perak pada tahun 2001 dan 2003 dan Lara Croft dibawakan oleh Angelina Jolie.
Tomb Raider reboot ini akan diarahkan oleh Roar Uthaug dan akan ditayangkan pada 16 Mac 2018.
Comments
Loading…