Aksesori PS Vita 1000 dan PS Vita 2000 menambah butang L2 dan R2 yang sebelum ini susah diperolehi kini akan dipasarkan di Amerika Syarikat secara langsung dari pengeluar asal.

Pengeluar Jepun, Joetsu Electronic Industries akhirnya dapat memasarkan aksesori butang L2 dan R2 PS Vita mereka setelah mendapat sambutan baik kerana keselesaan bermain remote play menggunakan aksesori berkenaan dalam pasaran tempatan. Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, mereka bergantung kepada kempen crowdfunding untuk pengeluaran lebih banyak.

Keberadaan aksesori bijak ini hanya di Jepun adalah kerana Joetsu Electronic Industries adalah sebuah syarikat yang kecil tetapi sekarang mereka sudah boleh pasarkan di luar Jepun. Joetsu mengeluarkan kenyataan media bahawa kedua-dua aksesori PCH-2000 dan PCH-1000 model untuk PS Vita akan dijual di US melalui Amazon Marketplace.

Kejayaan aksesori butang L2 dan R2 PS Vita Joetsu ini agak menarik kerana syarikat Joetsu Electronic bukanlah syarikat yang mengeluarkan barangan gaming. Sebaliknya, teraju syarikat mereka adalah lampu LED, pertanian hidroponik dan lain-lain tetapi idea aksesori butang L2 dan R2 untuk PS Vita adalah ilham daripada salah seorang pengarah urusan syarikat yang merupakan seorang gamer tegar.

Pemegang bagi kedua-dua butang bertugas dengan menghantarkan tenaga statik ke belakang pad PS Vita melalui getah konduktif dan memberikan pemain merasa sensasi sentuhan lebih baik berbanding pad sentuh PS Vita sendiri.

Jika anda berminat dengan aksesori butang L2 dan R2 PS Vita untuk keselesaan bermain remote play, anda boleh dapatkannya melalui PlayAsia.com yang menjual aksesori PCH-2000 daripada Joetsu Electronic Industries.

JomKomen!