in , , ,

Akhirnya, Rockstar Games Secara Rasmi Umum Sedang Aktif Bangunkan Grand Theft Auto Baharu

Setelah berbuih mulut para peminat menyebutkannya, Rockstar Games akhirnya mengumumkan sesuatu yang dinantikan ramai sejak sekian lama.

Rockstar Games telah mengumumkan secara rasmi bahawa game baharu dalam siri Grand Theft Auto (GTA) kini sedang berada dalam pembangunan aktif.

Berita ini diumumkan Rockstar dalam satu tweet, di mana ia telah menggegarkan Internet. Ketika artikel ini ditulis, tweet tersebut telah mendapat lebih 89 ribu retweet, 36 ribu quote dan 487 ribu likes.

Dalam untaian tweet itu, Rockstar turut mengatakan yang mereka akan berkongsi lanjut tentang perkembangan baharu game itu sebaik sahaja mereka telah bersedia.

Banyak laporan sebelum ini yang telah mengesahkan GTA seterusnya telahpun lama dalam pembikinan. Namun, ia tidak pernah disahkan secara umum oleh Rockstar, sehinggalah hari ini.

Sama ada ia akan dipanggil GTA 6 ataupun dengan judul lain, masih belum didedahkan. Penggunaan istilah “game baharu dalam siri ini” sememangnya sesuatu yang biasa sebelum judul akhirnya dimuktamadkan.

Seperti yang semua tahu, game terbaharu dalam siri GTA adalah GTA 5 yang pertama kali dilancarkan untuk PS3 dan Xbox 360 pada 2013, yang kemudiannya dilancarkan pula ke PC, PS4, Xbox One, dan yang bakal tiba 15 Mac ini, ke PS5 dan Xbox Series pula.

Sebab utama mengapa GTA 5 mampu bertahan hampir sedekad (dan sudah pasti lebih daripada itu tidak lama lagi) adalah disebabkan GTA Online yang sentiasa, sehingga hari ini, mengumpulkan begitu ramai pemain, seterusnya menghasilkan pendapatan yang begitu lumayan kepada Rockstar.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sifu Keluarkan Filem Pendek Adaptasi Live-Action Yang Cukup Mengagumkan

Garis Masa The Last of Us HBO Akan Diawalkan 10 Tahun, Para Peminat Mula Suarakan Kerisauan