in ,

Akhirnya, Pemain Xbox Tak Perlukan Langganan Xbox Live Gold Untuk Online Multiplayer Game Percuma

Setelah sekian lama diminta oleh para pemain Xbox, Microsoft akhirnya akan membuang satu ciri yang agak membebankan ini.

Dalam masa terdekat ini, pemain di Xbox tidak lagi memerlukan langganan Xbox Live Gold untuk bermain online multiplayer dalam game-game percuma (free-to-play) seperti Fortnite, Rocket League dan lain-lain.

Selain itu, langganan Xbox Live Gold juga tidak diperlukan lagi untuk menggunakan party chat.

Perkara ini disahkan oleh wakil Xbox, Brad Rossetti dalam satu tweet. Walau bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan bilakah ciri ini akan dilancarkan kepada semua memandangkan ia masih dalam sesi percubaan untuk Xbox Insiders.

Keperluan langganan Xbox Live Gold untuk online multiplayer (walaupun game percuma) serta penggunaan party chat sentiasa menjadi penghalang kepada kebanyakan gamer untuk memilih Xbox berbanding pesaingnya, PlayStation.

Sebagai perbandingan, pemain di PlayStation hanya memerlukan PlayStation Plus untuk bermain online multiplayer dalam game-game berbayar. Untuk online multiplayer dalam game percuma dan penggunaan party chat, pemain tidak perlu melanggan PS Plus.

Ya, tetap membebankan jika dibandingkan dengan para pemain di PC seperti Steam dan Epic Games Store yang tidak memerlukan apa-apa langganan premium untuk bermain online multiplayer, sama ada game berbayar atau game percuma.

Mungkinkah perubahan yang sekian lama dinanti ini ada kaitan dengan khabar angin yang mengatakan Microsoft kini sedang dalam perbincangan untuk mengambil-alih platform perbualan popular, Discord? Kami rasakan ya.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Game Pertempuran Kung Fu, Sifu Keluarkan Trailer Baru, Juga Beberapa Info Lanjut

Nascar Dan Formula 1 Akan Dibawa Masuk Dalam Rocket League Season 3