Setelah lama menanti, Battlefield V akhirnya akan menambah map baru dalam Multiplayer.

Digelar “Mercury”, map ini mengambil inspirasi daripada peristiwa sejarah yang berlaku pada tahun 1941, Operation Mercury. Map terbaru ini akan dilancarkan pada 30 Mei ini.

Mempamerkan keindahan kawasan Mediterranean, Mercury terletak di pantai pulau Crete di Greece. Pasukan British akan bergantung kepada kereta kebal dengan sedikit sokongan udara, manakala pasukan Jerman pula akan berkubu, menunggu di atas bukit.

Korang boleh saksikan trailer untuk map Mercury ini di bawah:

Battlefield V boleh dimainkan di PC, PS4 dan Xbox One.

JomKomen!