in , , , ,

Akaun Twitter Rasmi PES Perli Grafik Wajah Dalam FIFA 19 Yang Tak Lawa

Jom makan popcorn.

Perseteruan antara siri game PES dan FIFA sememangnya sudah ada sejak azali lagi. Menjelang pelancaran PES 2019 dan FIFA 19, beberapa gameplay telahpun diperlihatkan kepada umum, dan ia telah menarik perhatian beberapa pemain bola sepak sebenar.

Pemain sayap Manchester United, Jesse Lingard telahpun meng-tweet kepada EA Sports untuk mereka mengemaskini potongan rambut beliau dengan style yang baru. Lingard berseloroh dengan mengatakan yang potongan rambutnya dalam siri game FIFA kelihatan sentiasa sama sejak 99 tahun yang lalu.

Kemudian, pemain Crystal Palace, Wilfried Zaha telah quote tweet tersebut untuk mengiyakan apa yang dikatakan oleh Lingard, serta turut memohon untuk EA Sports melakukan perubahan yang sama kepada wajahnya.

Perbualan ini bertambah menarik apabila tweet Zaha telah dibalas oleh akaun rasmi Pro Evolution Soccer, memuatnaik GIF yang memperlihatkan wajah Zaha dan mengatakan yang wajahnya akan kelihatan sangat baik dalam PES 2019.

Seterusnya, Zaha sendiri telah quote tweet dari akaun rasmi PES itu dan “meluluskan” wajahnya dengan memberikan emoji “okay”.

PES 2019 akan dilancarkan pada 30 Ogos ini, manakala FIFA 19 akan dilancarkan pada 28 September ini. Kedua-duanya akan dikeluarkan untuk PC, PS4 dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Battle Royale Dalam Battlefield V Pertama Kalinya Diperlihatkan Dalam Trailer Terbaru – Kereta Kebal, Bulatan Api!

Road Redemption Akan Dikeluarkan Di Switch, PS4 Dan Xbox One Pada Tahun Ini