in , , , , , ,

Akaun Rasmi ESL Perli Skin Baru Dalam Fortnite Yang Sama Seperti Operator Dalam Rainbow Six Siege

Mat Jambang.

Season 5 dalam Fortnite tidak mempunyai tema yang spesifik kerana ia membawakan gimik seolah-olah pelbagai zaman bertembung dalam satu dunia yang sama. Salah satu skin yang dibawakan ke dalam Battle Pass Season 5 ialah seorang askar lelaki berjambang.

Sekali pandang sahaja, ramai pemain sudah mengatakan skin yang digelar Sledgehammer dalam Fortnite ini meniru Operator Blackbeard yang ada dalam Rainbow Six Siege. Apa yang menarik adalah bukan para peminat sahaja membuat jenaka tentang persamaan ini, malah akaun Twitter rasmi ESL Rainbow Six juga menaikkan satu tweet yang memerlinya.

Kata tweet tersebut, “You either die a hero or live long enough to see yourself become the villain,” satu dialog popular yang diungkapkan oleh watak Two-Face dalam filem The Dark Knight Rises.

Tweet tersebut juga memuatnaik sekeping gambar yang meletakkan skin terbaru dalam Fortnite itu bersebelahan dengan Operator Blackbeard. Korang boleh saksikannya di bawah:

JomBaca: Fortnite Akan Boleh Dimainkan Di PlayStation Experience (PSX) SEA 2018

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
3 Pasukan Esport Rules of Survival Bergabung Tenaga Untuk Harumkan Nama Malaysia Di Bangkok, Thailand

3 Pasukan Esport Rules of Survival Bergabung Tenaga Untuk Harumkan Nama Malaysia Di Bangkok, Thailand

Ellie Akan Ada NPC Yang Membantu Dalam The Last of Us Part II Tapi Kita Tak Tahu Lagi Siapa