in , , , ,

Air Asia Ajak Atlit Esports Lelaki & Wanita 38 Negara Sertai WESG, Tourney Ala Olimpik

Semalam berlangsung pengumuman dari Air Asia mengenai tajaan diorang sebagai Syarikat Penerbangan Rasmi World Electronic Sports Games Peringkat ASEAN.

Selepas penajaan kumpulan Mineski dan Team Saiyan, Air Asia terus mengorak langkah dalam memajukan arena esports serantau dengan mengumumkan penglibatan diorang dalam World Electronic Sports Games (WESG) sebagai pengangkutan rasmi peserta WESG dari 10 negara ASEAN yang terlibat.

So apa kebendanya WESG ni?

WESG merupakan tournament esports antarabangsa yang telah dianjurkan selama beberapa tahun sebelum ini oleh Alisports, anak syarikat Alibaba Group yang dimiliki Jack Ma.

WESG edisi 2018-2019 ini yang dicanang sebagai acara Olimpik Esports terbesar akan berlangsung dari Julai 2018 – Mac 2019 nanti dan akan melibatkan 38 buah negara dari rantau China, Jepun, AS, Kanada, Russia, Asia Tenggara dan Oceania!

Pada tahun ini, jumlah prizepool WESG telah mencapai USD5.5 juta dengan prizepool peringkat ASEAN mencapai USD150,000! Masyuk beb!

Berikut adalah pecahan timeline perjalanan tourney ini di peringkat ASEAN:

  • Pendaftaran online ASEAN: 29 – 31 Julai 2018
  • Peringkat online qualifier: 1 Ogos – 30 September 2018
  • Finals ASEAN: November 2018
  • Grand Finals Antarabangsa: Mac 2019

Game-game yang akan dipertandingkan turut menarik perhatian kitorang. Slot-slot di peringkat Grand Finals Antarabangsa turut dikongsi semalam.

  • DotA 2 (Kumpulan umum/campuran – 24 slot)
  • CounterStrike: Global Offensive (Kumpulan umum – 36 slot & Kumpulan wanita – 8 slot)
  • Hearthstone (Kumpulan umum – 48 slot & Kumpulan wanita – 8 slot)
  • StarCraft II (Kumpulan umum – 48 slot)
  • Vainglory (Kumpulan umum – 8 slot)
  • Pro Evolution Soccer (Kumpulan umum – 16 slot)

Dengan pengumuman semalam, WESG turut mengumumkan kerjasama mereka bersama Blizzard Entertainment, Super Evil Megacorp dan Konami. Jadinya, tiada FIFA, tiada Mobile Legends Bang Bang, tiada fighting games – wow mengejutkan! Syabas kitorang ucapkan kepada WESG kerana memberi ruang untuk game-game tersebut menerima pendedahan berskala antarabangsa sebegini.

So geng, bersiap-sedialah nak join WESG yang dipanggil Olimpik Esports ni. Hadiah pun masyuk. Lepas menang, dah femes boleh kawen retis. GLHF!

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.2069262329999595.1073741947.1588243141434852&type=1&l=eb9c196ec5

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kini Korang Boleh Topup PlayStation Network Melalui Maybank2u Tanpa Sebarang Caj Tambahan

Malam Tadi, Langit Terbelah, Fortnite Telah Digegarkan Dengan Pelancaran Roket Yang Menggerunkan!