in ,

AGES 2016: Bukti Gaming Bukan Lagi Aktiviti Sia-Sia

Dengan hadiah lumayan yang disediakan, ASEAN Games for E-sport (AGES) 2016 menjadi bukti nyata, gaming bukan lagi aktiviti yang sia-sia!

ages 2016

“Apa yang kau dapat dengan main game ni?! Sia-sia saja kau habiskan berjam-jam.”

Mungkin kata-kata ini masih lagi terngiang-ngiang dalam telinga kita. Kata-kata yang sering kita dengar keluar dari mulut masyarakat, mahupun keluarga terdekat semasa kita masih kecil. Sama ada kita suka ataupun tidak, stigma ini masih lagi menyelubungi sebahagian besar minda masyarakat masakini.

Dengan acara e-sport di luar negara, terutamanya di Amerika Syarikat dan Eropah yang telah berkembang menjadi sebuah industri yang sangat menguntungkan, Malaysia masih lagi di takuk lama apabila masih lagi memandang serong terhadap karier sebagai seorang atlet sukan elektronik. Namun, kisah sadis penuh kegelapan ini seperti sudah mendapat cahaya di hujung jalan. Light at the end of the tunnel, kata Mat Salleh.

ages 2016

Kebelakangan ini, e-sport sudah mula meniti di bibir masyarakat. Ya, pendedahan itu masih belum lagi bersifat menyeluruh, tapi sinarnya sudah mula kelihatan. Kini, kami percaya, AGES 2016 berpotensi untuk menjadi game changer kepada industri e-sport tanah air, seterusnya berupaya berkembang dengan lebih sihat di negara ini.

Terbaru, pihak penganjur AGES 2016 telah mengumumkan pembahagian hadiah bagi setiap game dan setiap tempat pemenang, yang mana sebelum ini hanya menyatakan bahawa jumlah keseluruhan adalah RM1 juta.

Berikut adalah senarai hadiah berupa wang ringgit yang bakal menjadi rebutan para pemain handalan rantau Asia Tenggara:

DotA 2 (Berpasukan)

  • Juara: RM176,300
  • Tempat Kedua: RM94,300
  • Tempat Ketiga: RM53,300
  • Tempat Keempat: RM28,700
  • 8 Teratas: RM14,350

Counter Strike: Global Offensive (Berpasukan)

  • Juara: RM133,300
  • Tempat Kedua: RM71,300
  • Tempat Ketiga: RM40,300
  • Tempat Keempat: RM21,700
  • 8 Teratas: RM10,850

FIFA 16 (Individu)

  • Juara: RM34,400
  • Tempat Kedua: RM18,400
  • Tempat Ketiga: RM10,400
  • Tempat Keempat: RM5,600
  • 8 Teratas: RM2,800

12747905_1037335272998040_1536140100292054276_o

AGES 2016 merupakan temasya sukan elektronik terbesar di Asia Tenggara, di mana ia bakal disertai oleh 7 buah negara rantau ini. UiTM, Shah Alam bakal menjadi saksi pertempuran bersejarah ini.

Anda boleh layari ages.my untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Kami di JomGaming mengucapkan selamat berjuang kepada para peserta dalam merebut gelaran pemain esport terbaik rantau ini.

Majulah Esport untuk negara!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Stardew Valley: RPG-kan Kehidupan Anda Di Kampung!

Metal Gear Online: “Cloaked In Silence” Expansion Pack Bakal Release 15 Mac!